Menghilangkan kesan karat pada pakaian
Tip 1
Gosokkan limau nipis pada pakaian yang terkena karat. Rendamkan dalam air yang dibubuh sedikit garam kemudian basuh seperti biasa.
Tip 2
Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Perahkan limau nipis atau kasturi. Biarkan seketika dan basuh dengan air sabun.
Tip 3
Tenyeh buah belimbing buluh yang masak pada bahagian yang terkena karat tersebut. Ulang beberapa kali. Basuh seperti biasa.
Tip 4
Taburkan sesudu cuka makan dan sedikit garam di bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan satu jam dan basuh sehingga karat tertanggal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih meninggalkan jejak anda di sini.. ^.^