Assalamua'laikum...
Jerawat memang satu masalah bagi wanita pada semua peringkat umur.
Kali ini saya nak berkongsi maklumat tentang bagaimana mengecutkan jerawat secara tradisional... maklumla kita tak dapat menjangka bila masa jerawat akan tumbuh di muka... :)
Mari kita cuba petua di bawah ini...
Petua 1
Bersihkan wajah dengan air suam untuk melembutkan kulit wajah. Kemudian tumbuk 10 helai daun sirih muda sehingga lumat dan tampalkan ke muka. Biarkan 10-15 minit atau sehingga kering. Setelah kering, bilaskan dan lapkan perlahan-lahan.
Petua 2
Petua ini hendaklah di lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Asah kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk dan campurkan dengan madu asli. Sapukan ke muka seperti masker dan biarkan semalaman. Cuci muka setelah bangun dari tidur. Petua ini boleh di lakukan 3 kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.
Petua 3 (untuk mengelakkan jerawat berbekas)
Campurkan tepung kanji dengan putih telur. Sapukan campuran pada jerawat yang baru tumbuh di wajah. hasilnya jerawat akan hilang dan tak meninggalkan bekas pada wajah.
Selamat mencuba
dan salam ceria ^.^
jerawat ada musuh saya...huhuhuh..follow ke20:)slm kenal
ReplyDeletetime kasih najiah...slm kenal jg...:)
ReplyDelete