Tips ketika rasa stress atau hati tak tenang.
Adakalanya kita akan menghadapi perasaan tertekan sama ada secara tiba2 atau pun bersebab. Jadi kat sini akak nak kongsi sedikit tips untuk menghadapi saat2 sukar seperti ni.
1. Beristigfar. - beristigfar adalah memohon keampunan kepada Allah Maha Pencipta kite. Mungkin itu perkara prtama yg kecil kite bole lakukan tapi memberi impak yg sgt besar pd diri kita. Insya Allah jika hati kita ikhlas Allah akan perkenankan permohonan ampun kita.Jadi bykkan beristigfar di dalam hati.
2.Berwuduk - membersihkan diri dari hadas kecil. sekiranya kita saat tak bole melakukan demikian. lebih baikla byk berzikir di dlm hati. Apa saja zikir sudah memadai asalkan kite mengingati Allah. "ketahuilah dgn mengingati Allah hati menjadi tenang". Pasti juga Allah yg Maha penyanyang sedang melihat dan mengingati kita.
3. Elakkan meratapi nasib diri- Ikhlas apa yg terjadi atas kehendak Allah. kerana tiada yg lebih berkuasa dan Mengetahui selain Allah. Sabar dan berdoa.
4.Membaca AlQuran - paling tidak bacalah surah2 lazim atau paling tidak ayat kursi. Sesungguhnya AlQuran itu diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk dan memberi cahaya kepada hati manusia.
5.Lebih baik lagi sekiranya dapat membuat solat sunat taubat - Insya Allah hati pasti tenang sedikit. sekiranya ada masalah mintalah pada Allah pertolongan dengan doa dan ikhtiar yg tidak bertentangan dgn syarak.
6. Amalkan membaca surah Ash-shrah (Alam nasrah)- amalan selepas solat juga atau pada bila2 masa. InsyaAllah pasti hati akan menjadi lebih tenang dan sesiapa mengamalkan setiap kali selepas solat akan di lapangkan urusannya dan dimurahkan rezekinya. InsyaAllah.
Hanya Allah lah yang Maha Mengetahui ke atas segala apapun. Wallahu'alam.
saya bersetuju dengan saranan ini.Insya Allah pasti berkesan.
ReplyDeleteTerima kasih En Hanafi.. Insya Allah.. :)
Delete