Monday, 11 November 2013

Gaya kasual ke pejabat untuk sepanjang minggu.


Assalamualaikum

Isnin tiba lagi...opps da  masuk hari Selasa pun. Apa nak pakai sepanjang minggu yg sibuk kat pejabat ni?
Hmm ...  Ada idea x ? Bagi yg baru mula bekerja di syarikat2 koporat pula mesti masih cuba menyesuaikan diri dgn persekitaran baru. Apa2 pun yg dipakai jangan lupa syariah agama..
Jum tgk idea2 segar sepanjang minggu ke pejabat kali ni. 
















Salam ceria ^_^


Saturday, 9 November 2013

4 idea gaya santai di hari minggu

Assalamu'alaikum...

Hari berlalu pantas, hari minggu muncul lagi. Selalunya ramai yang keluar bersantai di hari minggu, tak kiralah pergi membeli belah ke atau bersantai bersama keluarga tercinta. Apa pun bila tiba masa nak keluar pasti ada yang terfikir2 apa nak di pakai. Ada yang simple ada yang mahukan kelainan, almaklumla bosan dengan apa yg ada di almari tu..hehe..
Hmmm... :P... di sini mahu di kongsikan idea bergaya santai di hari ahad ni. Mana tahu ada sahabat2 yg mahu berjalan2 bersama keluarga. saya suai padankan beberapa pakaian dari kedai online tempatan..
Jom kita tengok hasilnya.













Di mana pun arah tujuan berhari minggu anda, semoga membawa hari yang ceria dan menyeronokkan sambil melapangkan fikiran dan penat lelah bekerja sepanjang minggu.
Salam ceria ^_^




Tuesday, 16 April 2013

4 blouse pilihan dengan gaya kasual

Assalamualaikum...

Hmm... apa topik hari ini yew ? hmm .. bagi yang suka berpakaian kasual, membeli sehelai blouse pasti mahu  di padankan dengan seluar atau skirt yang sepadan. Suai padan yang sesuai pasti memberi keselesaan dan personaliti yang menarik . 
Ber'shoping' secara online juga tidak terhad sekarang dan ia lebih  menjimatkan masa. Mari kita lihat apa yang boleh di suai padan melalui topgirl.com
Stretchable skirt
colourful stripes blouse

Seluar pallazo
Chiffon zebra blouse

Navy floral duyung skirt
Elegant blouse

Lacy long skirt
Floral bouse

Apa pun pilihannya... semoga apa yang di pilih atau di beli tu berbaloi dengan apa yang kita belanjakan.
Salam ceria ^.^


Wednesday, 3 April 2013

Mengubah sepasang pakaian kepada 4 suasana/acara

Assalamua'laikum

Dalam kita menghadapi kesibukan diri, antara perkara yang sering mengganggu pikiran seorang wanita itu adalah nak pakai apa ni??..hehe.. tak kiralah nak ke tempat kerja ke, kuliah ke, bershoping ke atau ke majlis2 tertentu.
Mungkin dah bosan dengan pakaian yg sama ajew setiap kali... kadang2 kita membongkar juga almari, mana tau ada pakaian2 yg lama dah tak di pakai ... jadi bolehla di pakai semula... hehe.. kearah penjimatan la katakan. 
Satu outfit yang nampak biasa ajew...bila di suai padankan memang bole nampak berbeza. Bergantung la kepada suasana atau majlis yang hendak di hadiri... So apa kata kite lihat idea suai padan pada kali ini. Manalah tau lebih jimat lagi belanja bila kita bijak menyuai padan mengikut keadaan. 
Sesuai tuk bersantai atau membeli belah

Ke pejabat atau menghadiri seminar/mesyuarat

Ke kuliah atau bersantai


Ke majlis formal atau makan malam / annual dinner.


Tak semestinya mesti membeli barangan mahal untuk nampak bergaya. Barangan mahal bila di gabung dengan yang sederhana dan murah juga akan tampil cantik. 
Salam ceria ^.^





Monday, 1 April 2013

Idea baru tuk hari Isnin ke pejabat

Assalamua'laikum

Hari isnin adalah permulaan minggu hari bekerja anda. Biasalah kalau hari isnin je rasa liat sket nak bersiap, maklumla semalam dah cuti..hehe.. so jadila monday blues tu. Jadi, biasanya kita nak kelihatan cantik pada hari isnin sebab nak mengurangkan monday blues tu.. hmm atau pun kita x sempat nak bercantik2 sebab masih terasa nak bercuti ..haha... so nak kasi semangat ke pejabat, pakaian selalunya boleh menyuntik semangat bekerja pada hari isnin..
kali ni kita tengok idea pakaian ke pejabat pada hari isnin... moh lew kite tengok.. 

Jacket atau cardigans gelap dan inner putih





Sungguhpun hanya mix & match yang bersahaja atau asal pakai hentam sajew.. haha.. kalau kene gayanya tentu memberi kelainan pada diri di hari isnin ni. Apapun  apa-apa saja yang ada dalam almari baju tu boleh di pelbagaikan... slamat mencuba...
Salam ceria ^.^




Saturday, 30 March 2013

4 cara menggayakan skirt merah corak polkadot

Assalamua'laikum...

Pilihan gaya kali ini adalah skirt polkadot merah putih daripada kain chiffon. Nampak macam susah nak 'mix and match' skirt ni, tapi bila di suai padan dengan warna-warna yang sesuai nampak cute skali.. :P

Di sini ada 4 cara menyuai padan skirt polkadot merah cili ni..

Jum kite tengok keserasian skirt ni dengan beberapa blouse dan tudung..

Gabungan warna krim putih dan coklat memberi keserasian




Hitam merah tampak anggun




Merah pink di suntik dengan warna2 coklat



Merah biru yang bergaya

Itu saja buat kali ini..
Salam ceria ^.^



Friday, 29 March 2013

Petua mengecutkan jerawat

 Assalamua'laikum...

Jerawat memang satu masalah bagi wanita  pada semua peringkat umur. 
Kali ini saya nak berkongsi maklumat tentang bagaimana mengecutkan jerawat secara tradisional... maklumla     kita tak dapat menjangka bila masa jerawat akan tumbuh di muka... :)

Mari kita cuba petua di bawah ini...

Petua 1
Bersihkan wajah dengan air suam untuk melembutkan kulit wajah. Kemudian tumbuk 10 helai daun sirih muda sehingga lumat dan tampalkan ke muka. Biarkan 10-15 minit atau sehingga kering. Setelah kering, bilaskan dan lapkan perlahan-lahan.

Petua 2
Petua ini hendaklah di lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Asah kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk dan campurkan dengan madu asli. Sapukan ke muka seperti masker dan biarkan semalaman. Cuci muka setelah bangun dari tidur. Petua ini boleh di lakukan 3 kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.

Petua 3 (untuk mengelakkan jerawat berbekas)
Campurkan tepung kanji dengan putih telur. Sapukan campuran pada jerawat yang baru tumbuh di wajah. hasilnya jerawat akan hilang dan tak meninggalkan bekas pada wajah.



Selamat mencuba
dan salam ceria ^.^


Friday, 22 March 2013

4 gaya hijau yang mempersona

 Assalamualaikum w.b. t...

Warna hijau merupakan warna alami, penyejuk mata dan menyamankan minda... 
Entri kali ini menampilkan idea penggayaan warna hijau yang mendamaikan. 


Di harap dapat memberi idea bagi menggayakan warna hijau...
Salam ceria ^.^



Saturday, 2 March 2013

Blouse geometri dgn 6 gaya..

Assalamualaikum...
 Lama sudah x menulis di sini =) ... gaya kali ini adalah blouse corak geometri yang nampak ala-ala retro. Bagi yang ingin mencuba kelainan, blouse geometri ni nampak sesuai untuk semua golongan. 
Terdapat banyak gabungan warna pada corak blouse ni. gabungan dengan skirt atau seluar plain adalah lebih sesuai namun bg yang lebih berani, suai padan bersama skirt bercorak boleh dibuat asalkan tidak terlalu jauh contrastnya... jika tak kena , ia akan kelihatan pelik dan keterlaluan..hehe :D
Saya mmg suka menggabungkan dgn maxi skirt sebab ia lebih sopan menutupi seluruh kaki.. :)

Mari kita lihat hasil gabungan saya pada kali ini.... =)
Gaya 1
Gaya 2
Gaya 3
Gaya 4
Gaya 5
Gaya 6
Diharap paparan kali ini memberi sedikit sebanyak idea... semoga kita tetap menjadi muslimah yang dirahmati Allah

Salam ceria ^.^




Sunday, 24 February 2013

Merawat kulit muka berminyak

Assalamualaikum...

Kulit muka berminyak memang sering menjadi masalah kepada para wanita.. Berikut beberapa tips untuk mengatasi masalah kulit berminyak. 




Petua 1
Ambil sehelai tuala bersih. Rendam ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu, lapkan sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Petua 2
Campurkan tepung dal dengan pati  susu dan sapukan kepada muka. Biarkan sehingga kering.Bilas muka dengan air bersih.

Petua 3
Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan kepada seluruh muka dan biarkan selama 15minit. Kemudian bolehlah dibilas dengan air suam. Lakukan 3 kali  dengan berturut-turut selama seminggu untuk hasil yang memuaskan.

Petua 4
Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur. Jika tiada, bolehla di gantikan dengan air limau purut. Sapukan bahan tersebut keseluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan menggunakan air bersih.

Petua 5
Rendam setengah gelas beras, campurkan dengan daun cermai dan ibu kunyit. Kisar bahan-bahan tersebut. Sapukan bahan kisar tadi ke seluruh muka setiap kali sebelum tidur.

Petua 6
Parut sebiji epal sehingga halus. Sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit. cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Semoga memberi manfaat kpd semua..
Salam ceria ^.^

Friday, 22 February 2013

1 blouse~ 4 gaya ke kuliah.

Assalamualaikum...

Paparan kali ini adalah gaya yang boleh dipakai ke kuliah. Menggunakan sehelai blouse chiffon merah bercorak geometri yang terdapat di http://www.topgirl.com.my dengan harga RM69.90


Walaupun  hanya sehelai blouse, banyak cara pemakaian yang sesuai dengan berlainan gaya. Maklumla pasti bosan dengan sehelai blouse dan tetap mengenakan gaya yang sama setiap kali memakai blouse itu. 

Jum kita lihat suai padannya...
Gaya yang ayu dan sopan dengan warna-warna pastel





Gaya bersahaja ~ gaya sebegini sering dipakai oleh remaja sekarang





Gaya berani dan berlainan~permainan warna2 terang
Gaya lembut, sopan dan bersahaja.
Apa pun pakaian yang di kenakan pastikan kita menjaga kesopanan seseorang muslimah. Paling penting adalah pakaian akhlak kerana kita selalu di nilai dari akhlaknya. Dan dari akhlak itulah kita menjaga gaya pakaian kita. 

Salam ceria ^.^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...