Sunday, 24 February 2013

Merawat kulit muka berminyak

Assalamualaikum...

Kulit muka berminyak memang sering menjadi masalah kepada para wanita.. Berikut beberapa tips untuk mengatasi masalah kulit berminyak. 




Petua 1
Ambil sehelai tuala bersih. Rendam ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu, lapkan sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Petua 2
Campurkan tepung dal dengan pati  susu dan sapukan kepada muka. Biarkan sehingga kering.Bilas muka dengan air bersih.

Petua 3
Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan kepada seluruh muka dan biarkan selama 15minit. Kemudian bolehlah dibilas dengan air suam. Lakukan 3 kali  dengan berturut-turut selama seminggu untuk hasil yang memuaskan.

Petua 4
Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur. Jika tiada, bolehla di gantikan dengan air limau purut. Sapukan bahan tersebut keseluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan menggunakan air bersih.

Petua 5
Rendam setengah gelas beras, campurkan dengan daun cermai dan ibu kunyit. Kisar bahan-bahan tersebut. Sapukan bahan kisar tadi ke seluruh muka setiap kali sebelum tidur.

Petua 6
Parut sebiji epal sehingga halus. Sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit. cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Semoga memberi manfaat kpd semua..
Salam ceria ^.^

2 comments:

  1. Boleh cuba bedak muntah belut asli,,,insyaAllah, berkesan...boleh layari www.bedak-muntah-belut.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih meninggalkan jejak anda di sini.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...