Assalamualaikum...
Kulit muka berminyak memang sering menjadi masalah kepada para wanita.. Berikut beberapa tips untuk mengatasi masalah kulit berminyak.
Petua 1
Ambil sehelai tuala bersih. Rendam ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu, lapkan sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
Petua 2
Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan kepada muka. Biarkan sehingga kering.Bilas muka dengan air bersih.
Petua 3
Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan kepada seluruh muka dan biarkan selama 15minit. Kemudian bolehlah dibilas dengan air suam. Lakukan 3 kali dengan berturut-turut selama seminggu untuk hasil yang memuaskan.
Petua 4
Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur. Jika tiada, bolehla di gantikan dengan air limau purut. Sapukan bahan tersebut keseluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan menggunakan air bersih.
Petua 5
Rendam setengah gelas beras, campurkan dengan daun cermai dan ibu kunyit. Kisar bahan-bahan tersebut. Sapukan bahan kisar tadi ke seluruh muka setiap kali sebelum tidur.
Petua 6
Parut sebiji epal sehingga halus. Sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit. cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Semoga memberi manfaat kpd semua..
Salam ceria ^.^
Sunday, 24 February 2013
Friday, 22 February 2013
1 blouse~ 4 gaya ke kuliah.
Assalamualaikum...
Paparan kali ini adalah gaya yang boleh dipakai ke kuliah. Menggunakan sehelai blouse chiffon merah bercorak geometri yang terdapat di http://www.topgirl.com.my dengan harga RM69.90
Walaupun hanya sehelai blouse, banyak cara pemakaian yang sesuai dengan berlainan gaya. Maklumla pasti bosan dengan sehelai blouse dan tetap mengenakan gaya yang sama setiap kali memakai blouse itu.
Jum kita lihat suai padannya...

Gaya yang ayu dan sopan dengan warna-warna pastel |
Gaya bersahaja ~ gaya sebegini sering dipakai oleh remaja sekarang |
Gaya berani dan berlainan~permainan warna2 terang |
Gaya lembut, sopan dan bersahaja. |
Apa pun pakaian yang di kenakan pastikan kita menjaga kesopanan seseorang muslimah. Paling penting adalah pakaian akhlak kerana kita selalu di nilai dari akhlaknya. Dan dari akhlak itulah kita menjaga gaya pakaian kita.
Salam ceria ^.^
Wednesday, 20 February 2013
Menghilangkan tanda hitam di bawah mata
Tanda hitam di bawah mata selalunya terjadi apabila seseorang kekurangan tidur atau selalu tidur lewat. Faktor lain juga mungkin di sebabkan faktor keturunan. Namun begitu, terdapat beberapa petua tradisional untuk mengatasi masalah ini. Jadi tak perlulah nak berbelanja besar untuk menghilangkan hitam bawah mata ni. Cuma perlu lakukan petua yang dipilih dengan konsisten.
Antara petua/tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut.... ;)
Petua 1
Petua 2
Sapukan sedikit minyak sapi pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri.Kemudian, biarkan selama 10 minit hingga 15 minit sebelum mencuci muka dengan air bersih.Amalkan sebelah malam sebelum tidur.
Petua 3
Campurkan perahan air lemon dengan air suam.Sapukan ke bahagian bawah mata 2 kali sehari.
Petua 4
Basuh uncang teh yang telah digunakan.Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit.Keluarkan uncang dan letakkan di mata. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Lakukan sebelum dan selepas bangun dari tidur.
Petua 5
kupas kentang dan bersihkan. Kemudian potong nipis-nipis dan lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Amalkan selalu...:)
Petua 6
Setiap pagi apabila bangun dari tidur ambil air sejuk dari peti sejuk dan tuangkan sedikit ke cawan, sapukan di bawah kelopak mata.

Tuesday, 19 February 2013
Budget Fashion : Jubah/maxi juga stylish
Assalamualaikum...
Mahu berfesyen atau kelihatan cantik itu tak semestinya perlu berbelanja mahal. Untuk segmen fesyen budget yang pertama ni... kita nak menampilkan kecantikan pemakaian jubah.
Jubah tetap praktikal walaupun untuk bekerja, membeli belah atau bersantai.
Jubah juga dikenali sebagai abaya di Timur Tengah atau juga maxi di negara2 barat.
Asalkan kita pandai menyuai padan tudung dan aksessori bersama jubah. Jubah pasti akan memberi gaya manis pada pemakai.
Mari kita lihat padanan pada kali ini...
Suai padan kan kasut dan bag yang di bawa... pasti menjimatkan lagi budget anda namun tetap nampak cantik berseri.

Jubah dari kain jersey- pilihla potongan yang longgar |
Suai padan kan kasut dan bag yang di bawa... pasti menjimatkan lagi budget anda namun tetap nampak cantik berseri.
Salam ceria ^.^
Monday, 18 February 2013
Gaya lelaki : Beg Tangan untuk lelaki
Assalamualaikum...
Topik kali ni ialah beg lelaki...hmm. lelaki semestinya selalu mahu kelihatan maskulin. Jadi apa saja yang di gaya dan dipakai pastinya tetap mahu mengekalkan ciri kemaskulinan lelaki. Namun begitu di era yang serba canggih dan dipenuhi oleh gadjet pada masa kini. Persepsi lelaki terhadap beg yang dibawa sudah mulai berubah. Lelaki kini sudah mula menyukai penggunaan beg tangan. Bukan yang sama dengan wanita semestinya.. beg tangan lelaki ni ada gaya mereka yang tersendiri. Ia lebih kelelakian, kelihatan macho dan nampak ranggi...
Bila melihat pada beg-beg lelaki dari Asos... ia amat menarik perhatian dan nampak sgt bergaya jika dibawa oleh lelaki..
Mari kita lihat gaya2 lelaki dgn beg Asos...
Beg pelbagai guna ni bukan sahaja untuk bergaya tetapi amat berguna untuk menyimpan segala macam gadget yang menjadi kegemaran mereka masa kini.
Semoga memberi manfaat kepada lelaki pula kali ini ... hehehe..
Salam ceria ^.^
Saturday, 16 February 2013
Gaya pilihan hari ini: BLOUSE PUTIH MENCERIA HARIKU
Assalamualaikum....
Sangat jarang yang suka mengenakan blouse berwarna putih. Tetapi jika dilihat pada si pemakai pasti ekspresi pertama adalah.." dia nampak berseri la hari ni' .
So... mari kita lihat beberapa suai padan blouse putih untuk memberi sedikit idea kepada semua...
Padanan pertama
Padanan kedua
Padanan ketiga
Padanan keempat
Hmm.. warna putih memang memberi impak positif, bersih, suci dan tenang... selamat mencuba..
Salam ceria ^.^
Sangat jarang yang suka mengenakan blouse berwarna putih. Tetapi jika dilihat pada si pemakai pasti ekspresi pertama adalah.." dia nampak berseri la hari ni' .
So... mari kita lihat beberapa suai padan blouse putih untuk memberi sedikit idea kepada semua...
Padanan pertama
Hitam putih |
Permainan warna hitam putih |
Padanan kedua
Corak dan geometri |
Gabungan corak dan warna |
Padanan ketiga
Warna sejuk |
Fresh Looked |
Padanan keempat
Warna terang
Gaya gadis pejabat |
Salam ceria ^.^
Labels:
fashion muslimah,
gaya pilihan,
tips,
trend muslimah terkini
Tips menghilangkan pigmentasi/ bintik hitam pada wajah.
Petua 1
parut sebiji timun sehingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung. Apabila sebati, sapukan keseluruh muka dan biarkan hingga kering. Amalkan setiap pagi. Hasilnya kulit akan nampak bersih dan lembut.
Petua 2
Rendam sehelai tisu ke dalam 2 biji putih telur. Tampalkan tisu pada tempat yang ditumbuhi bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Cuci muka dengan air dan pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.
Petua 3
Belah limau nipis, perah airnya dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan pada bahagian berbintik hitam dan biarkan seketika sebelum di bilas dengan air. Amalkan petua ini 3 kali sehari.
Petua 4
Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan air suam.
Petua 5
Gaulkan satu sudu minyak zaiton dan sebiji telur. Sapukan ke muka selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lakukan sebelum tidur.
Semoga memberi manfaat pada semua.
Salam ceria :)
Friday, 15 February 2013
Tips berpakaian berdasarkan bentuk tubuh : KENALI BENTUK TUBUH ANDA
Bahagian 1 : Mengenali bentuk tubuh
Assalamualaikum...
Mengapa agaknya kalau kita lihat pakaian yang sama bila kita pakai x cantik, tapi bila orang lain yg pakai nampak cantik sgt?? Hmmm... tidak semestinya orang yang kurang cantik itu tidak boleh kelihatan menarik dan berpesonaliti. dan tak semestinya juga orang yg cantik tu tak boleh kelihatan selekeh atau kurang menarik.
Bagi wanita confident level tu datang dari pesonaliti, dan personaliti tu pula dari cara kita berpakaian dan membawa diri. tak perlulah keterlaluan gayanya sehingga dilihat serba x kene pula..
So... perkara pertama kita harus lakukan adalah mengenali bentuk tubuh kita sebelum kita membeli pakaian dan mengayakannya ;)
Ini kerana bukan semua wanita tu sempurna bentuk tubuhnya. Kita dijadikan Allah dalam pelbagai rupa kerana ada sebab musababnya. So seharusnya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi ini.
Mari kita kenali bentuk tubuh kita.....
Ada 4 bentuk tubuh wanita yg biasa
Bentuk Pear( atau segitiga)
Ciri-ciri - bahagian bahu dan dada yg kecil, bahagian punggung atau peha yg lebih besar atau lebar.
Bentuk apple (atau segitiga terbalik)
Ciri-ciri- bahagian bahu atau dada yang lebih besar/lebar.
Manakala bahagian punggung atau peha lebih kecil. Perbezaan antara apple & segitiga terbalik adalah apple bahagian pinggang kurang terbentuk manakala segitiga terbalik ada kelihatan curve sedikit pinggangnya.
Bentuk hourglass (jam pasir)
Ciri-ciri - Boleh dikatakan bentuk sempurna. Bahagian dada dan bahu sederhana lebar. Pinggang yang terbentuk(curve) dan punggung yang sederhana berisi.
Bentuk pisang (empat segi)
Ciri-ciri - bentuk ni kelihatan sama rata dari atas sehingga ke bawah sama seperti pisang. Curve pinggang kurang kelihatan, nampak lurus macam pembaris.
So macammana?? Dah kenal ke bentuk badan anda?.. hehe
Ikuti bahagian seterusnya bagaimana memilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh kita..
salam ceria ^.^

Tips Memilih pakaian: Bentuk tubuh pear/segitiga
Bahagian 2: Cara memilih pakaian bagi bentuk tubuh Pear/segitiga
1. Memakai 'shoulder pad' pada blouse dan baju kurung - untuk membantu menambah kelebaran pada bahu supaya seimbang dengan bahagian bawah.
2. Jika memakai blazer bersama maxi /skirt, pilihlah yg berpotongan sehingga paras pinggang. Ini tuk mengurangkan bahagian bawah kelihatan lebih besar.
3. Top/ blouse/tudung boleh di pilih dari warna terang dan bercorak besar supaya menambah volume pada bahagian atas.
4. Tudung dari kain jersey atau kain yang berat sesuai dipakai. Tudung beropol juga sesuai.
5. Brooch besar pada bahu juga sesuai , tali pinggang bersaiz kecil juga sesuai pada maxi.
6. Manakala bahagian bawah pula gunakan skirt/ seluar/jeans dengan warna-warna gelap.Elakkan warna terang sebab ia boleh menambah impak makin besar pada bahagian pinggul. so warna2 yg sesuai adalah seperti biru gelap, coklat gelap dan hitam.
7. Seluar pula pilih dari jenis boot cut - atau jenis yg lebar di bahagian bawah. ini untuk ilusi keseimbangan pada bentuk tubuh antara bahagian pinggul dan kaki supaya kelihatan kurang lebar di pinggul.
8. Skirt berbentuk A-line juga sesuai bg bentuk badan pear ini untuk pinggang dan pinggul kelihatan lebih kecil.
Di sini ada beberapa contoh pemilihan pakaian bagi mereka yang bertubuh pear ni.
So bagaimana?..
Diharap dapat membantu anda memilih pakaian yg lebih sesuai nanti.. :)
Salam ceria ^.^
Berikut adalah beberapa tips berpakaian untuk tubuh pear

Subscribe to:
Posts (Atom)