Friday 15 February 2013

Tips Memilih pakaian: Bentuk tubuh apple/segitiga terbalik


Bahagian 3:  Cara memilih pakaian bagi bentuk tubuh Apple / segitiga terbalik.


Berikut adalah beberapa tips berpakaian untuk tubuh apple

1.  Penggunaan shoulder pad akan menambah impak besar pd bahagian bahu. Jadi  gunakan yg nipis atau tak perlu gunakan. Blouse dari warna2  gelap dan plain. Jika bercorak, pilihlah dari corak2 kecil dgn jenis kain yg lembut .

2. Tudung dari kain chiffon, bawal atau kain yg lembut sesuai di gunakan kerana kainnya berjenis lembut dan beralun, jadi tidak kelihatan berat di bahagian atas. Pinkan tudung pd bahu supaya lebih kemas dan membawa perhatian pada bahagian bahu .  Tudung yang bermanik/berbunga pada bahagian atas kepala juga sesuai kerana ia akan menarik tumpuan ke bahagian muka bukan ke bahagian badan.

3. Elakkan memakai tudung yg beropol di sekelilingnya kerana ia akan menarik perhatian pada bahagian atas badan dan menyebabkan kelihatan lebih besar di bahagian atas.

3. Elakkan tudung yg terlalu penuh coraknya di bahagian dada, ini akan membawa perhatian pada bahagian dada menyebabkan  kita akan kelihatan lebih besar.

4. Pakailah seluar/ jeans jenis boot cut atau straight cut. Ini untuk menyeimbangkan bahagian atas.

5. Skirt A line juga sesuai , kerana skirt jenis ini melebar pada bahagian bawah. ini memberi kesan seimbang.

6. Warna2 terang dan bercorak juga sesuai untuk skirt dan seluar

7.Jika memakai blazer atau cardigans, elakkan dari membutangnya. Pakai blouse bercorak di bahagian dalam caridgans, dan boleh juga mengenakan cardigans yg berwarna terang.


Berikut adalah beberapa contoh pilihan pakaian bagi yang bertubuh apple.

Semoga bermanfaat kepada semua..

Salam ceria ^.^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih meninggalkan jejak anda di sini.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...