Friday, 15 February 2013

Tips Memilih pakaian: Bentuk tubuh pear/segitiga

Bahagian 2:  Cara memilih pakaian bagi bentuk tubuh Pear/segitiga



Berikut adalah beberapa tips berpakaian untuk tubuh pear


1.  Memakai 'shoulder pad' pada blouse dan baju kurung - untuk membantu menambah kelebaran pada bahu supaya seimbang dengan bahagian bawah.

2. Jika memakai blazer bersama maxi /skirt, pilihlah yg berpotongan sehingga paras pinggang. Ini tuk mengurangkan bahagian bawah kelihatan lebih besar.

3. Top/ blouse/tudung boleh di pilih dari warna terang dan bercorak besar supaya menambah volume pada bahagian atas.

4. Tudung dari kain jersey atau kain yang berat sesuai dipakai. Tudung beropol juga sesuai.

5. Brooch besar pada bahu juga sesuai , tali pinggang bersaiz kecil juga sesuai pada maxi.


6. Manakala bahagian bawah pula gunakan skirt/ seluar/jeans dengan warna-warna gelap.Elakkan warna terang sebab ia boleh menambah impak makin besar pada bahagian  pinggul. so warna2 yg sesuai adalah seperti biru gelap, coklat gelap dan hitam.




 7. Seluar pula pilih dari jenis boot cut - atau jenis yg lebar di bahagian bawah. ini untuk ilusi keseimbangan pada bentuk tubuh antara bahagian pinggul dan kaki supaya kelihatan kurang lebar di pinggul.

8. Skirt berbentuk A-line juga sesuai bg bentuk badan pear  ini untuk pinggang dan pinggul kelihatan lebih kecil.

Di sini ada beberapa contoh pemilihan pakaian bagi mereka yang bertubuh pear ni.



So bagaimana?.. 

Diharap dapat membantu anda memilih pakaian yg lebih sesuai nanti.. :)

Salam  ceria ^.^


No comments:

Post a Comment

Terima kasih meninggalkan jejak anda di sini.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...