Thursday, 14 February 2013

Aksessori pilihan : 'Clutch bag'





'Clucth bag' adalah beg tangan yang selalunya berbentuk empat segi tanpa tali. Beg yang sejarahnya berasal dari era Babylonian ini dinamakan sebagai "clucth" kerana ia dipegang pada tangan sahaja tanpa digantung di bahu. Walau bagaimanapun, sekarang 'clucth bag' ni dah banyak jenisnya dan  diguna pakai pada sepanjang masa. Ada juga yang mempunyai tali dan boleh di guna seperti bag tangan yang biasa. 


Selalunya 'clucth bag' ni bersaiz kecil atau sederhana, jadi tak banyak la barang yang boleh dibawa di dalamnya. Oleh itu, selalunya dipakai dalam majlis-majlis tertentu seperti dinner, high tea dll.

'Clucth bag' ni memang menjadi trend pada masa kini dan banyak pilihan 'clucth bag' di pasaran. Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk serta kesesuaian majlis dan acara untuk menggayakanya.






Large clutches adalah menjadi trend pada masa kini kerana ia lebih kasual, boleh dibawa ke pejabat atau ke mana-mana sahaja. Hmm.... cantik bukan?? :)

Salam ceria ^.^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih meninggalkan jejak anda di sini.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...