Wednesday, 6 February 2013

Pilihan Gaya Hari ini : BLOUSE PEPLUM

Kali ini akak nak menyuaipadankan blouse peplum biru polkadot dari "thepoplook.com" Blouse ni memang cantik.Yang paling akak suke pasal blouse peplum ni adalah sebab potongan dia longgar. Diperbuat dari kain chiffon sepenuhnya dan fully lined. memang selesa kain chiffon dalam cuaca panas kite ni.
Gaya 1: gabungkan blouse peplum ni dengan skirt dan tudung kaler pastel. Kalau lebih berani kaler yang contrast.Di sini akak gabungkan dengan kaler peach.Pink pun cantik atau amik kaler polkadot 2.. hehe.
Gaya 2: Gaya santai... gabungan warna2 gelap dan pastel senada warna biru nila blouse. hmmm... tidak keterlaluan tapi tampil berbeza.
Gaya 3: Bole juga disuai padan untuk kemajlis formal atau makan malam casual. Penambahan aksessori seperti rantai dan gelang akan merubah sedikit penampilan. pilih skirt dari kain silk. Tambahkan sikit kaler gold pada aksessori, bag, kasut atau tudung. kalau nak nampak lebih menyerlah lagi bole le jahitkan manik atau batu2 diamond pada baju ni. kat bahagian lengan dan tgh baju. so bole gantikan rantai panjang. hehe..:)
Hmm.. macam mana? ok x? harap2 bole bagi sikit idea bagi sesapa yang terigin nak pakai peplum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih meninggalkan jejak anda di sini.. ^.^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...