Wednesday 20 February 2013

Menghilangkan tanda hitam di bawah mata




Tanda hitam di bawah mata selalunya terjadi apabila seseorang kekurangan tidur atau selalu tidur lewat. Faktor lain juga mungkin di sebabkan faktor keturunan. Namun begitu, terdapat beberapa petua tradisional untuk mengatasi masalah ini. Jadi tak perlulah nak berbelanja besar untuk menghilangkan hitam bawah mata ni. Cuma perlu lakukan petua yang dipilih dengan konsisten.
Antara petua/tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut.... ;)



Petua 1

Campurkan kuning telur dengan perahan lemon dan madu.Bahan ini dijadikan pupur dan lebihkan sedikit di bawah mata.Lakukan sekali sehari pada waktu tidur dan cuci pada keesokan paginya .




Petua 2

Sapukan sedikit minyak sapi pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri.Kemudian, biarkan selama 10 minit hingga 15 minit sebelum mencuci muka dengan air bersih.Amalkan sebelah malam sebelum tidur.




Petua 3

Campurkan perahan air lemon dengan air suam.Sapukan ke bahagian bawah mata 2 kali sehari.





Petua 4

Basuh uncang teh yang telah digunakan.Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit.Keluarkan uncang dan letakkan di mata. Biarkan selama 15  hingga 30 minit. Lakukan sebelum dan selepas bangun dari tidur.










Petua 5

kupas kentang dan bersihkan. Kemudian potong nipis-nipis dan lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Amalkan selalu...:)




Petua 6

Setiap pagi apabila bangun dari tidur ambil air sejuk dari peti sejuk dan tuangkan sedikit ke cawan, sapukan di bawah kelopak mata. 



Selamat mencuba dan semoga berjaya...
Salam ceria ^.^

4 comments:

  1. Nak cari petua cara hilangkan lekuk dan garisan di bawah mata pulak. Salam kenal Anna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bengkak bawah mata (eyebag)... InsyaAllah entry yang akan dtg yew.. hehe.. salam kenal juge..^.^

      Delete
  2. petua yg bagus..nak berkesan kena ikut peraturan la ya..baru dpt hasil yg memuaskan..selalu amalkan..insyallah..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kene slalu di amalkan.. bukan shj jimat belanja malahan ia bahan2 semulajadi tanpa bhn kimia... InsyaAllah...;)

      Delete

Terima kasih meninggalkan jejak anda di sini.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...