Friday 15 February 2013

Tips berpakaian berdasarkan bentuk tubuh : KENALI BENTUK TUBUH ANDA

Bahagian 1 : Mengenali bentuk tubuh 

Assalamualaikum...

Mengapa agaknya kalau kita lihat pakaian yang sama bila kita pakai x cantik, tapi bila orang lain yg pakai nampak cantik sgt??  Hmmm... tidak semestinya  orang yang kurang cantik itu tidak boleh kelihatan menarik dan berpesonaliti. dan tak semestinya juga orang yg cantik tu tak boleh kelihatan selekeh atau kurang menarik.  
 Bagi wanita confident level tu datang dari pesonaliti, dan personaliti tu pula dari cara kita berpakaian dan membawa diri. tak perlulah keterlaluan gayanya sehingga dilihat serba x kene pula.. 

So... perkara pertama kita harus lakukan adalah mengenali bentuk tubuh kita sebelum kita membeli pakaian dan mengayakannya ;)

Ini kerana bukan semua wanita tu sempurna bentuk tubuhnya. Kita dijadikan Allah dalam pelbagai rupa kerana ada sebab musababnya.  So seharusnya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi ini.

Mari kita kenali bentuk tubuh kita.....

Ada 4 bentuk tubuh wanita yg biasa 





Bentuk Pear( atau segitiga)
Ciri-ciri - bahagian bahu dan dada yg kecil, bahagian punggung atau peha yg lebih besar atau lebar.





Bentuk apple (atau segitiga terbalik)
Ciri-ciri- bahagian bahu atau dada yang lebih besar/lebar.
 Manakala bahagian punggung atau peha lebih kecil. Perbezaan antara apple & segitiga terbalik adalah apple bahagian pinggang kurang terbentuk manakala segitiga terbalik ada kelihatan curve sedikit pinggangnya.



Bentuk hourglass (jam pasir)
Ciri-ciri - Boleh dikatakan bentuk sempurna. Bahagian dada dan bahu sederhana lebar. Pinggang yang terbentuk(curve) dan punggung yang sederhana berisi.


Bentuk pisang (empat segi)
Ciri-ciri - bentuk ni kelihatan sama rata dari atas sehingga ke bawah sama seperti pisang. Curve pinggang kurang kelihatan, nampak lurus macam pembaris. 

So macammana?? Dah kenal ke bentuk badan anda?.. hehe 
Ikuti bahagian seterusnya bagaimana memilih pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh kita..

salam ceria ^.^


2 comments:

  1. Mohon share dengan pengguna www.bieshoppe.com.my TQ Admin

    ReplyDelete
  2. Mohon share juga di laman web saya www.bajusedondon.com Terima kasih admin. =)

    ReplyDelete

Terima kasih meninggalkan jejak anda di sini.. ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...